Larian Ukhuwah Komuniti & Merentas Desa 2018

Selasa, 13 Feb 2018 – PIBK dan Unit Sukan SK Kg Dato Ibrahim Majid telah berjaya menganjurkan program 2 dalam 1 pada hari ini dengan jayanya. Program tersebut adalah program┬áLarian Ukhuwah Komuniti & Merentas Desa 2018. Para ibu bapa telah dijemput untuk menyertai larian merentas desa seiring dengan acara yang disertai oleh anak-anak mereka.

Program dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh pasukan senamrobik sekolah dan juga jemputan khas, koordinator senamrobik dari Milo Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *